Wednesday, May 25, 2011

Kuih Gandos - kuih terakhir untuk arwah Bapak

"boleh buatkan bapak kuih gandos tak?, anis letak tepung pulut, campur tepung gandum sikit, letak kelapa parut, gula, bancuh dgn air lepas tu bakar ya..."

Tak pernah selama ni buat kuih gandos, Kuih Gandos ni kuih tradisi orang Jawa...selalunya dulu masa kecik, tengok mak masak kuih ni. Acuan kuih gandos mak pun dah tak ada..macamana ya???

Kebetulan minggu kedua bulan April, ikut suami balik ke Kedah, sempat singgah di Pekan Rabu, memang tujuannya nak cari acuan Kuih Gandos ni..yang juga acuan Kuih Dangai/Rangin.

Balik dari Kedah, bila pergi menziarah mak dan bapak, beritahu bapak, dah beli acuan Kuih Gandos ni, dan akan cuba buatkan untk bapak.

Hari Isnin masa first time buat kuih tu, bapak kata kurang lembut, padahal mak, kakak, abang Man dan abang Sidek kata dah lembut elok dah tu. Tak apa la, janji dengan bapak esok nak buatkan lagi. Hari Selasa, buatkan lagi kuih Gandos utk bapak, memang lembut, tapi bapak kata kurang hangit pulak, namun bapak masih menjamah lagi kuih tu. Sebelum balik petang tu, bapak pesan lagi "lain kali kalau anis buat kuih Gandos, bakar atas api dapur ya, jangan dalam oven, nanti dia tak jadi hangit, letak atas api, tutup dengan tudung periuk, macam anis buat kuih cara tu"..

Rupa-rupanya, itu pesanan terakhir bapak untuk anaknya yang memang suka memasak ni dan itu jugalah kali terakhir bapak merasa air tangan anaknya, kerana pada hari Rabu 20/4/2011, bapak menghembuskan nafasnya yang terakhir. AlFatihah.


Bakar dalam oven..lain kali kena bakar atas dapur

Inilah Kuih Gandos yang dibawa untuk arwah Bapak

Resipi

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (putih saja, kalau dapat kelapa inti lagi cantik)
1/4 cawan gula
sedikit garam
air secukupnya

Campurkan semua bahan, untuk dapat adunan seakan bancuhan adunan nak buat kuih cara
Masukkan dalam acuan dan bakar.

2 comments: